TIMBALAN PENGERUSI MAIS RASMIKAN PROGRAM WE CARE WE SHARE 2025-
TIMBALAN PENGERUSI MAIS RASMIKAN PROGRAM WE CARE WE SHARE 2025-
BANTING, 18 Oktober 2025 – Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YBhg. Tan Sri Mazlan Mansor berbesar hati merasmikan Program We Care We Share 2025 di Dataran Banting, Kuala Langat.
Â
Turut bersama dalam perasmian program ini ialah YBhg. Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS.
Â
Program pada hari ini diadakan bertujuan meluaskan lagi dakwah melalui pelbagai aktiviti lapangan kepada masyarakat terutamanya generasi muda.
Â
Dalam ucapannya, Timbalan Pengerusi MAIS menegaskan program seperti ini menunjukkan bahawa kekuatan sesebuah pentadbiran adalah kerjasama dalam melaksanakan dakwah meliputi seluruh masyarakat khusus di negeri Selangor.
Â
‘Inilah roh sebenar tadbir urus Islam yang bergerak seiring dalam satu matlamat untuk membina masyarakat yang sejahtera berasaskan iman dan taqwa. Pendekatan MAIS kini bukan sekadar memelihara agama tetapi ia menterjemahkannya dalam bentuk program yang menyentuh hati dan mengubah perilaku seseorang, ujarnya.
Â
Program yang diatur dari pagi hingga malam ini menjangkakan penglibatan 500 pengunjung meliputi pelbagai aktiviti antara perkongsian ilmu bersama salebriti, Fun Walk, Pertandingan Mewarna, Cabutan Barakah dan pelbagai reruai perkhidmatan disediakan.
Â
Program kali ini adalah kerjasama antara MAIS, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) MAIS termasuk PIMPINAN dan PERKIM Kuala Langat.
Â
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Yahya Baba, Pengerusi PIMPINAN; Dr. Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS.
Â














