TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH HULU LANGAT DEKATI INSTITUSI MASJID DAN SEKOLAH AGAMA

TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH HULU LANGAT DEKATI INSTITUSI MASJID DAN SEKOLAH AGAMA

720540256 18568224043064155 5265215761204431797 n
HULU LANGAT, 9 Jun 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin hari ini mengadakan program turun padang ke daerah Hulu Langat bagi menghadiri sesi dialog bersama 170 Nazir Masjid di Dewan Abu Bakar As-Siddiq, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
 
Sesi tersebut menjadi platform komunikasi dua hala bagi membincangkan pelbagai isu dan cabaran semasa yang dihadapi dalam pengurusan masjid, selain memperkukuhkan peranan institusi masjid dalam menyantuni masyarakat setempat.
 
Usai sesi dialog, Pengerusi MAIS meneruskan lawatan ke tapak pembinaan Masjid Baiturrahman Alam Sari, Bangi bagi meninjau perkembangan projek pembangunan institusi berkenaan.
 
Lawatan kemudiannya diteruskan ke Sekolah Rendah Agama Batu 3, Jalan Bangi, Masjid Batu 3, Jalan Bangi serta Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding bagi melihat sendiri keperluan prasarana dan kemudahan di institusi terbabit.
 
Turut hadir ialah YDH Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Dato’ Rosli Bin Othman, Orang Besar Daerah Hulu Langat; YAD Dato’ Setia Dr Haji Anhar Haji Opir, Sahibus Samahah Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor; YB Dr. Mohamad Fahmi Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi.; Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; Ustazah Rabihah Ibrahim, Timbalan Pengarah Operasi JAIS dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, Ustaz Haji Hashim Muhamad.
 
Hadir sama wakil daripada Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, JAIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor, Bakti Suci Sdn. Bhd. dan MAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search