TURUN PADANG PENGERUSI MAIS: MENYELUSURI SEKOLAH DAN MASJID DAERAH PETALING MENYANTUNI KEPERLUAN PRASARANA

TURUN PADANG PENGERUSI MAIS: MENYELUSURI SEKOLAH DAN MASJID DAERAH PETALING MENYANTUNI KEPERLUAN PRASARANA

632565759 1290674979644365 4356612642101831082 n
PETALING – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin turun padang melawat ke beberapa sekolah agama dan masjid di Daerah Petaling bagi meninjau serta menyantuni keperluan prasarana institusi pada 10 Februari.
 
Program ini melibatkan lawatan ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Sekolah Rendah Agama Kampung Medan 2, Masjid Ridhwani, Masjid Ar-Rahmah, Sekolah Rendah Agama Sri Damansara serta Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 7.
 
Sepanjang lawatan, Pengerusi MAIS meninjau kemudahan sedia ada, mendengar pandangan pihak pengurusan institusi serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan prasarana bagi memastikan sekolah agama dan masjid dapat berfungsi dengan lebih selesa dan berkesan kepada masyarakat setempat.
 
Program turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan MAIS dalam memperkukuh ekosistem pendidikan agama dan pengurusan masjid di Selangor, selaras dengan usaha menyantuni ummah.
Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS, Puan Hajah Norlaili binti Mohamad, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS serta wakil pimpinan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search