220 PELAJAR KAFA INTEGRASI MASJID PROTON TERIMA BANTUAN WANG SAKU FIDYAH MAIS
220 PELAJAR KAFA INTEGRASI MASJID PROTON TERIMA BANTUAN WANG SAKU FIDYAH MAIS
SHAH ALAM, 4 Disember 2025 — Seramai 220 pelajar Kelas Al-Quran & Fardu Ain Integrasi (KAFAI) Masjid Proton, Shah Alam menerima bantuan Wang Saku Fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berjumlah RM110,000.00 menerusi program Agihan Fidyah MAIS – Wang Saku Pelajar dengan setiap pelajar akan menerima RM500.00 seorang pada 3 Disember lepas.
Program agihan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Sabirin Bin Sarbini, Setiausaha MAIS dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Dewan KAFA Integrasi Masjid Proton. Turut hadir ialah Puan Hafizatulakmal Binti Abd Jalil; Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf Dan Pembangunan PIBK MAIS, Pn. Rohani Binti Ali; Ketua Guru KAFA Integrasi Masjid Proton dan Ustaz Hapizul Husni Bin Alias; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Jemaah Pengurusan KAFA Integrasi Masjid Proton.
Dalam ucapannya, Setiausaha MAIS merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah atas kesudian menguruskan Agihan Fidyah MAIS (Wang Saku Pelajar) bagi pihak MAIS. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk membantu keperluan asas persekolahan pelajar asnaf fakir dan miskin, meringankan beban kewangan keluarga B40 dan memberi dorongan moral dan motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik dan sahsiah.
“Harapan kami di MAIS, agar bantuan ini bukan sekadar meringankan beban, tetapi menjadi simbol kasih sayang dan perhatian institusi Islam terhadap generasi masa depan. Gunakanlah sebaiknya untuk manfaat pembelajaran,” ujarnya.
Beliau turut menyatakan komitmen MAIS untuk meneruskan inisiatif ini pada masa akan datang dengan kerjasama semua pihak.
Majlis ditutup dengan penyampaian sumbangan wang saku kepada para pelajar dan sesi bergambar kenangan bersama wakil MAIS dan pihak sekolah.
Orang ramai yang ingin membuat bayaran dan taksiran fidyah boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi












