KUNJUNGAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) KE MAIS, ERAT HUBUNGAN
KUNJUNGAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) KE MAIS, ERAT HUBUNGAN

SHAH ALAM 15 Februari 2022 – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Cawangan Shah Alam diketuai Puan Wan Rabi’atul Adawiah Hussain, Pengarah Unit LHDNM.
Kunjungan disambut mesra oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang erat di antara LHDNM dan MAIS, agensi serta anak syarikat MAIS.
Hadir sama mewakili MAIS ialah Puan Norzaihan Mohd Zain, Pengarah Kewangan, Puan Rohana Hassan, Pengarah Khidmat Pengurusan dan wakil pengurusan agensi dan anak syarikat MAIS.
Terima kasih kepada LHDNM, Cawangan Shah Alam yang telah membuat kunjungan ke MAIS.
Semoga kerjasama erat yang lebih padu dan utuh dapat dilaksanakan di masa hadapan.
Shah Alam, 6 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...Berita Penuh
SEPANG, 5 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
KUALA LANGAT, 30 April – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
MAIS TERIMA ANUGERAH THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS AWARDS 2026:...Berita Penuh
Ampang, 28 April- Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD...Berita Penuh













