KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAIS KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAIS KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

525704359 18502320964064155 8953184951268437771 n
SHAH ALAM, 28 Julai – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.
 
Kehadiran YAD Senator Dato’ Setia disambut mesra oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
 
Kunjungan hormat ini adalah perbincangan berkaitan hal ehwal Islam di negeri Selangor terutama berkaitan peruntukan yang boleh disalurkan untuk pembangunan hal ehwal Islam bagi tahun 2026 yang akan datang.
 
Selain itu, turut diadakan perbincangan tentang peranan MAIS dalam membantu Kerajaan Negeri Selangor dari aspek ekosistem halal yang lebih holistik.
 
Hasil pertemuan Pengerusi MAIS dilihat positif dan YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor juga komited untuk membantu MAIS dalam meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor.
 
Semoga pertemuan ini akan terus meningkatkan sinergi serta hubungan erat antara MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor.
 
Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS, Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS dan Abdul Ghaffar Ab Ghani, Pegawai Khas Pengerusi MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search