MAIS TERIMA LAWATAN MARA

MAIS TERIMA LAWATAN MARA

557418153 18513758737064155 7793738052767651434 n 1
SHAH ALAM, 1 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertujuan membincangkan peluang kerjasama terutama dalam program pendidikan Technical and Vocational Education and Training (TVET).
 
Delegasi seramai 12 orang diketuai oleh Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA disambut mesra oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS.
 
Antara lain dalam lawatan adalah perbincangan kerjasama yang melibatkan bidang wakaf, keusahawanan asnaf dan ekosistem halal dalam memperkukuhkan sosio ekonomi umat Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
 
Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi MARA turut berkongsi maklumat pengurusan operasi di MARA.
 
Turut hadir mewakili MAIS ialah Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar&Pengurusan) MAIS; Puan Hajah Norlaili binti Mohamad, Penasihat Undang-Undang, MAIS; Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS.
 
Hadir sama ialah wakil pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search