KUNJUNGAN HORMAT HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL-HAMID KE PEJABAT PENGERUSI MAIS
KUNJUNGAN HORMAT HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL-HAMID KE PEJABAT PENGERUSI MAIS
SHAH ALAM, 7 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan dari Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dan Pertubuhan Majlis Muwasolah Baina Ulamak Muslimin Malaysia hari ini.
Â
Kunjungan seramai empat orang delegasi disambut mesra oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS.
Â
Kunjungan diadakan bertujuan untuk berkongsi pandangan dan idea dalam meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor supaya terus berpaksikan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.
Semoga perbincangan ini dapat memberi memberi manfaat kepada kedua belah pihak demi memacu ummah terutama dalam meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor dan Malaysia amnya.
Â












