TIMBALAN PENGERUSI MAIS RASMI PROGRAM HARI TERBUKA MAAHAD TAHFIZ SULAIMANIYYAH AL-FURQAN

TIMBALAN PENGERUSI MAIS RASMI PROGRAM HARI TERBUKA MAAHAD TAHFIZ SULAIMANIYYAH AL-FURQAN

577104979 1213367810708416 1811732658601162629 n
SHAH ALAM–Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Mazlan Mansor, merasmikan Program Hari Terbuka Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Al-Furqan (MTS) pada 1 November.
 
Hari Terbuka MTS diadakan selama tiga hari ini bermula 31 Oktober, 1-2 November bertujuan memperkenalkan MTS kepada masyarakat di samping mengeratkan silaturrahim dan menyemarakkan semangat kebersamaan serta mengumpul dana amal.
 
Turut diadakan adalah Turkish Food Festival bagi menarik lebih ramai pengunjung.
 
Hadir sama ialah Tan Sri Syed Zainal Abidin, Pengerusi Jawatankuasa Penglola MTS dan Ustaz Muhammad Hafiz Haneefa, Pengerusi PITAS dan seluruh warga MTS Shah Alam.
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search