PENGERUSI MAIS TERIMA KUNJUNGAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG

PENGERUSI MAIS TERIMA KUNJUNGAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG

572726189 18520657366064155 8230034036092287440 n
SHAH ALAM, 4 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan dari YB Dato’ Seri Haji Sharkar Haji Shamsudin, Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini.
 
Kunjungan seramai empat orang delegasi disambut mesra oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS.
 
Kunjungan diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah di samping berkongsi perkhidmatan yang disediakan oleh MAIS.
 
Semoga perbincangan ini dapat memberi memberi manfaat kepada kedua belah pihak demi memacu ummah terutama dalam meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor dan Malaysia amnya.
 
Turut hadir dalam perbincangan ialah Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan wakil pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS).
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search