MAIS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JAWI, PERKASA KERJASAMA PENYELARASAN NGO ISLAM

MAIS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JAWI, PERKASA KERJASAMA PENYELARASAN NGO ISLAM

675961125 1347303837314812 6043734369526243188 n
KLANG — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi sesi perkongsian strategik berkaitan pengurusan dan penyelarasan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK).
 
Sesi di Kompleks MAIS Klang pada 13 Mac.
Kunjungan ini disambut mesra oleh Dr. Hjh Norraini Nordin, Pengarah Kanan Ekonomi dan Sosial MAIS.
 
Delegasi dari JAWI pula diketuai oleh Maznah Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) JAWI, bersama tiga pegawai daripada bahagian yang sama iaitu Nur Solehah binti Shafie dan Siti Sarah binti Maiyurad, masing-masing sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah.
 
Kunjungan ini bertujuan mendapatkan perkongsian pengalaman serta pendekatan yang dilaksanakan oleh MAIS dalam menyelaras jaringan PIBK sebagai rakan strategik dalam pelaksanaan program dakwah dan pembangunan komuniti Islam di Negeri Selangor.
 
Pendekatan yang dilaksanakan oleh MAIS turut dilihat sebagai penanda aras dalam pengurusan dan penyelarasan jaringan NGO Islam, khususnya dalam memperkukuh kerjasama strategik antara institusi agama dan masyarakat.
 
Pertemuan ini turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta berkongsi amalan terbaik dalam memperkasa gerak kerja dakwah secara lebih tersusun, bersepadu dan berimpak kepada pembangunan ummah.
Turut hadir Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search