TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH SABAK BERNAM – Komunikasi Dua Hala Bersama Nazir Masjid dan Meninjau Keperluan Masjid dan Sekolah Agama

TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH SABAK BERNAM – Komunikasi Dua Hala Bersama Nazir Masjid dan Meninjau Keperluan Masjid dan Sekolah Agama

670494847 1342096857835510 5975221707200539045 n
SABAK BERNAM, 14 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin Turun Padang ke daerah Sabak Bernam bagi bersua muka bersama 50 Nazir Masjid di Majlis Dialog yang diadakan di Sekolah Rendah Agama Ehyaul Falah 2, Sungai Besar bagi merungkai cabaran di lapangan terutamanya menjayakan pengurusan masjid dengan cemerlang.
 
Selesai majlis dialog, lawatan diteruskan ke beberapa buah sekolah agama dan masjid di sini bagi meninjau serta menyantuni keperluan prasarana.
 
Lokasi lawatan termasuk Sekolah Agama Menengah Parit Baru, Masjid Jamiatul Islahiah Teluk Rhu, Surau Parit 11 Tengah, Sungai Besar, Masjid Marzukiah Kampung Batu 4, Sepintas, Sekolah Rendah Agama Binjai Jaya.
 
Pengerusi MAIS dan delegasi turut ke tapak pembinaan Masjid Baru Kampung Sungai Haji Dorani.
 
Sepanjang lawatan, Pengerusi MAIS meninjau kemudahan sedia ada, mendengar pandangan pihak pengurusan institusi serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan prasarana bagi memastikan sekolah agama dan masjid dapat berfungsi dengan lebih selesa dan berkesan kepada masyarakat setempat.
 
Program turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan MAIS dalam memperkukuh ekosistem pendidikan agama dan pengurusan masjid di Selangor, selaras dengan usaha menyantuni ummah.
Turut hadir, YDH Tuan Dr. Haji Paridul Adras bin Ismail, Orang Besar Daerah Sabak Bernam; Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini Setiausaha MAIS, Tuan Yusmizan Yusof Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Encik Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal, MAIS.
 
Hadir sama, wakil pengurusan Pejabat Agama Islam Sabak Bernam, Pengurusan JAIS, LZS, Perbadanan Wakaf Selangor, Bakti Suci Sdn Bhd dan MAIS.
 
MAIS mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang merialisasikan program hari ini.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search