PERJUMPAAN DAN SESI DIALOG PENGERUSI MAIS BERSAMA AHLI JAWATANKUASA SURAU TAMAN SERAYA, AMPANG

PERJUMPAAN DAN SESI DIALOG PENGERUSI MAIS BERSAMA AHLI JAWATANKUASA SURAU TAMAN SERAYA, AMPANG

685050188 1353109796734216 2814648097731666035 n
Ampang, 28 April- Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin mengadakan perjumpaan dan sesi dialog bersama Ahli Jawatankuasa Surau Taman Seraya Ampang yang disambut sendiri oleh Tuan Haji Abdullah bin Sulaiman, Pengerusi Surau Taman Seraya Ampang.
 
Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk meninjau status pengoperasian surau tersebut secara dekat, susulan beberapa aduan yang tular di media sosial baru-baru ini.
 
Hasil taklimat oleh AJK surau berkenaan mendapati bahawa terdapat seorang individu yang telah membangkitkan bantahan terhadap aktiviti pengimarahan yang dijalankan.
 
Susulan itu, laporan polis juga telah dibuat oleh pihak AJK surau dan setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan dengan menahan individu yang mencetuskan provokasi tersebut. Pihak MAIS dan JAIS menyerahkan sepenuhnya proses siasatan lanjut kepada pihak PDRM.
 
Pengerusi MAIS juga mengingatkan agar setiap aduan berkaitan masjid dan surau ini perlulah melalui saluran yang betul sama ada melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), JAIS atau MAIS agar tindakan sewajarnya boleh diambil.
 
Turut hadir ke program ini adalah YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah JAIS, YBhg. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar bin Khalid serta agensi dan badan-badan NGOI yang berkaitan.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search