MAIS ADAKAN LAWATAN KE MENARA 118

MAIS ADAKAN LAWATAN KE MENARA 118

684234541 1352825063429356 1598937849003854025 n
KUALA LUMPUR, 27 April 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengadakan lawatan kerja ke Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.
‎Delegasi MAIS diketuai oleh Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS.
‎Delegasi MAIS disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Ir Ts Izwan Hasli bin Mohd Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.
‎Tujuan lawatan pada kali ini adalah untuk menimba pengalaman serta mendapatkan pendedahan berkaitan operasi keseluruhan dan pengurusan menara tersebut di samping untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara kedua-dua institusi.
‎Turut hadir dalam lawatan ini ialah Dr. Hajah Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Dasar dan Pengurusan MAIS; Puan Hajah Norlaili binti Mohamad, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS dan Barisan Pengurusan Tertinggi MAIS.
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search