MAIS BERJAYA MENGEKALKAN PENSIJILAN SIRIM
MAIS BERJAYA MENGEKALKAN PENSIJILAN SIRIM
SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sekali lagi berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 bagi tempoh tiga tahun bermula 2026 hingga 2028.
Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan MAIS dalam memastikan sistem pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam dilaksanakan secara cekap, telus serta mematuhi piawaian kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Pensijilan tersebut memberi penekanan kepada aspek pematuhan, tadbir urus yang baik serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan organisasi selaras dengan keperluan standard yang ditetapkan.
MAIS telah menjalani Audit Pensijilan Semula SIRIM selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Jun 2026 yang melibatkan semakan terhadap pelaksanaan sistem pengurusan kualiti dan pematuhan Syariah dalam organisasi.
Pasukan audit SIRIM kali ini diketuai oleh Puan Hajjah Hanida Ghazali serta ahli pasukan seramai lapan orang juruaudit.
Mesyuarat Penutup Audit SIRIM dipengerusikan oleh Setiausaha MAIS, Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan turut dihadiri pengurusan tertinggi dan pengurusan MAIS.













