LAWATAN KUNJUNG HORMAT PENGERUSI MAIS KE YAYASAN AL-JENDERAMI

LAWATAN KUNJUNG HORMAT PENGERUSI MAIS KE YAYASAN AL-JENDERAMI

748419205 1353110566960544 374653098904577717 n 1
SHAH ALAM, 15 Julai 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, mengadakan lawatan kunjung hormat ke Yayasan Al-Jenderami yang terletak di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil. Lawatan ini telah disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Sheikh Haji Mohd Hafidz bin Selamat, Penasihat Yayasan Al-Jenderami di sini hari ini.
 
Pertemuan tersebut bertujuan untuk melihat sendiri penguruan dan operasi yang dijalankan oleh Yayasan Al-Jenderami serta membincangkan peluang dan ruang kerjasama strategik yang boleh dijalinkan antara MAIS dan pihak Yayasan Al-Jenderami demi kemaslahatan ummah.
 
Turut hadir dalam lawata tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Abdul Razak bin Dato’ Ipap, Pengerusi Yayasan Al-Jenderami, YBrs. Tuan haji Zainuddin bin Abd Manaf, Bendahari Yayasan Al-Jenderami dan YBrs. Encik Abdul Ghaffar bin Ab Ghani, Pegawai Khas Pengerusi MAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search