SETIAUSAHA MAIS MERASMIKAN PROGRAM PERSIDANGAN ANTARABANGSA MASJID, ZAKAT & WAKAF (I-MAF) KALI KE-12/2026
SETIAUSAHA MAIS MERASMIKAN PROGRAM PERSIDANGAN ANTARABANGSA MASJID, ZAKAT & WAKAF (I-MAF) KALI KE-12/2026
BANGI, 17 September 2026 – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Masjid, Zakat & Wakaf (I-MAF) Kali Ke-12/2016 di Bangi Resort Hotel, Bangi pada 15 September lepas.
Â
Program ini diadakan bertujuan menghimpunkan ilmu, pengalaman dan kepakaran untuk membincangkan masa depan tiga institusi yang amat dekat dengan kehidupan umat Islam, iaitu masjid, zakat dan wakaf. Penganjuran seminar ini diadakan dengan kerjasama di antara Masjid Al-Azhar, Universiti Islam Selangor (UIS), Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi & Kewangan Islam (IRCIEF), Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan MAIS.
Â
Dalam ucapan perasmian, Setiausaha MAIS berkata, program ini adalah wadah penting yang menghimpunkan ilmu, pengalaman dan kepakaran untuk membincangkan masa depan tiga institusi yang amat dekat dengan kehidupan umat Islam, iaitu masjid, zakat dan wakaf.
Â
“Saya melihat I-MAF sebagai platform yang mempunyai nilai tambah yang besar kerana mempertemukan dunia akademik dengan realiti pengurusan dan kehidupan masyarakat. Di sinilah hasil kajian, pemikiran dan pengalaman dapat diketengahkan, dibincangkan secara ilmiah dan seterusnya diterjemahkan kepada sesuatu yang lebih bermakna untuk pembangunan ummah.” Ujarnya.
Â
Turut hadir dalam program ini adalah Prof. Dr. Muhammad Ridhwan bin Ab. Aziz, Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM, Ustaz Muhammad Fairuz bin Yusoff, Nazir Masjid Al-Azhar, UIS, Ustaz Mohd Safian bin Abdul Rahman, Nazir Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, En. Mohd Fauzi bin Mohd Yusoff, Ketua Divisyen Teknologi Maklumat, LZS dan Dr. Md Rozalafri bin Johori, Pengarah Persidangan Antarabangsa Pengurusan Masjid, Zakat dan Wakaf (I-MAF 2026).
Â













