PENGERUSI MAIS TERUS MENYANTUNI AHLI KARIAH MASJID AS-SOLIHIN, PADANG JAWA

PENGERUSI MAIS TERUS MENYANTUNI AHLI KARIAH MASJID AS-SOLIHIN, PADANG JAWA

858604355 1111411044817037 2178240021844575758 n

KLANG–Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus memperkukuh jalinan ukhuwah bersama masyarakat menerusi penganjuran Program Road Tour dan Solat Subuh Berjemaah yang berlangsung di Masjid As-Solihin, Padang Jawa, Klang, awal pagi 22 Oktober tadi.

Kehadiran Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin seawal waktu Subuh t

disambut mesra oleh Nazir Masjid, YBrs. Tuan Haji Soleh bin Ahmad, barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid, serta para jemaah setempat.

Program seumpama ini adalah sebagai platform mesra untuk mendekatkan kepimpinan MAIS dengan masyarakat di samping menyediakan ruang interaksi secara terus bagi mendengar maklum balas serta pandangan dan keluhan ahli jemaah selaras dengan moto “MAIS Santuni Anda”.

Seusai solat Subuh berjemaah, majlis diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Pengerusi MAIS. Dalam ucapan beliau, Pengerusi MAIS menekankan tentang kepentingan memelihara perpaduan dan ukhuwah sesama Islam. Beliau turut mengingatkan AJK masjid agar sentiasa memelihara amanah yang diberi supaya tidak berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa mahupun penyelewengan dana masjid.

Turut hadir memberikan sokongan dalam program tersebut ialah Mufti Selangor, YAD Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir dan Pegawai Khas Pengerusi MAIS, Encik Abdul Ghaffar bin Ab Ghani.

#MAISsantuniAnda #MAIS #MenjunjungAmanah

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search