BAHAGIAN SYARIAH MAIS SERTAI TEMUBUAL PENYELIDIKAN – Kajian Konflik Identiti Agama Muallaf
BAHAGIAN SYARIAH MAIS SERTAI TEMUBUAL PENYELIDIKAN – Kajian Konflik Identiti Agama Muallaf
SHAH ALAM, 24 April 2026 – Bahagian Syariah dan Bantuan Guaman, Majlis Agama Islam Selangor telah menghadiri sesi temubual bersama beberapa Penyelidik dari Universiti Tempatan bagi Kajian Konflik Identiti Agama dalam kalangan muallaf dan anak-anak muallaf yang tidak mengamalkan Islam anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Sesi temubual tersebut turut melibatkan panel jemputan dalam kalangan Ahli Panel Istitabah dan Proses Penasihatan Akidah yang berkongsi perspektif berkaitan sokongan serta pendekatan dalam membimbing golongan muallaf.
Penyertaan ini diharap dapat membantu memperkukuh dasar serta pendekatan holistik dalam menangani isu konflik identiti agama, seterusnya meningkatkan kefahaman dan pengamalan Islam dalam kalangan muallaf di Negeri Selangor.
Bahagian ini diwakili oleh Ketua Bahagian, Bahagian Syariah & Bantuan Guaman, Puan Puteri Ummi Kartini bt Abd Latiff bersama Peguam Syarie MAIS, Puan Norshadatul Nizma bt Misnun dan Encik Mohamad Najib bin Mohamad Ismail, Pegawai Syariah sebagai komitmen dalam menyumbang pandangan serta kepakaran berkaitan aspek perundangan syariah dan kebajikan muallaf.
Turut hadir Encik Suhaimi bin Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial.












