PENGERUSI MAIS KE DAERAH HULU SELANGOR – Dialog Bersama Nazir dan Guru Serta Lawat Masjid dan Sekolah Agama

PENGERUSI MAIS KE DAERAH HULU SELANGOR – Dialog Bersama Nazir dan Guru Serta Lawat Masjid dan Sekolah Agama

678653132 1349546257090570 7705701249816027943 n
HULU SELANGOR, 24 April – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin Turun Padang ke daerah Hulu Selangor bagi bersua muka bersama 60 Nazir Masjid dan Guru Sekolah Rendah Agama (SRA) di Majlis Dialog yang diadakan di Dewan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor bagi merungkai cabaran di lapangan terutamanya menjayakan pengurusan masjid dan sekolah dengan cemerlang.
 
Selesai majlis dialog, lawatan diteruskan ke beberapa buah sekolah agama dan masjid di sini bagi meninjau serta menyantuni keperluan prasarana.
 
Lokasi lawatan termasuk Masjid At-Taqwa Kalumpang, KAFAI Kg. Serigala, Sungai Selisek, Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek, Masjid Al-AbidinSungai Selisek, KAFAI Al-IttifaqiahLembah Beringin dan Tapak Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buaya.
 
Sepanjang lawatan, Pengerusi MAIS meninjau kemudahan sedia ada, mendengar pandangan pihak pengurusan institusi serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan prasarana bagi memastikan sekolah agama dan masjid dapat berfungsi dengan lebih selesa dan berkesan kepada masyarakat setempat.
 
Program turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan MAIS dalam memperkukuh ekosistem pendidikan agama dan pengurusan masjid di Selangor, selaras dengan usaha menyantuni ummah.
 
Turut hadir YAD Engku Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah (OBD) Hulu Selangor, YBhg. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS, Tuan Mohd Khairi bin Md Zainal, Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Selangor dan Ustaz Haji Hashim bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid (JAIS).
 
Hadir sama, wakil pengurusan Pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Pengurusan JAIS, LZS, Perbadanan Wakaf Selangor, Bakti Suci Sdn Bhd dan MAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search