DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN SERAH WATIKAH PELANTIKAN ORANG BESAR ISTANA, ANGGOTA MAIS, ANGGOTA PANEL TETAP MAHKAMAH RAYUAN, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH, TIMBALAN PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR, AHLI LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN WAKAF SELANGOR, KETUA PENDAFTAR NIKAH, CERAI & RUJUK, PENDAFTAR KANAN DAN PENDAFTAR WALI RAJA
DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN SERAH WATIKAH PELANTIKAN ORANG BESAR ISTANA, ANGGOTA MAIS, ANGGOTA PANEL TETAP MAHKAMAH RAYUAN, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH, TIMBALAN PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR, AHLI LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN WAKAF SELANGOR, KETUA PENDAFTAR NIKAH, CERAI & RUJUK, PENDAFTAR KANAN DAN PENDAFTAR WALI RAJA
Shah Alam, 6 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor berkenan menyerahkan watikah pelantikan Orang Besar Istana, Anggota MAIS, Anggota Panel Tetap Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor, Ketua Pendaftar Nikah Cerai & Rujuk, Pendaftar Kanan dan Pendaftar Wali Raja yang menjadikan keseluruhan seramai 32 orang dalam majlis istiadat di Istana Bukit Kayangan.
Â
Kesemua pelantikan ini dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (EPAINS 2003).
Bagi pelantikan Orang Besar Istana dikurniakan kepada Kerabat Diraja Negeri Selangor menjadi Orang Besar Istana iaitu Yang Berbahagia Tuan Muhammad Faez Tan Sri Muhammad.
Â
Bagi pelantikan Anggota MAIS sesi 2024 – 2026 dikurniakan kepada YB Tuan Mohamed Onn Abd Aziz, Penasihat Undang-Undang Negeri menggantikan YB Dato’ Salim Soib @Hamid.
Â
Bagi pelantikan Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor dikurniakan kepada YAA Dato’ Haji Amran Mohd Zain, YA Dato’ Mohamad Shakir Abdul Hamid, YA Puan Hajah Noor Hadina Haji Ahmad Zabidi dan YA Dato’ Mohammad Adib Husain.
Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dikurniakan kepada YA Tuan Abdul Shukor Abd Hamid, YA Puan Siti Salwa Mohd Nor@Ghazali, YA Tuan Umamuddin Yunus, YA Puan Marina Abdul Rahman dan YA Puan Norul Aina Bahari manakala pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor dikurniakan kepada Puan Siti Noraini Mohd Ali, Puan Siti Fatimah Ahmad Maulana, Tuan Aminullah Bahrin dan Tuan Nik Mohd Fitri Nik Yahaya.
Â
Selain itu, turut dilantik ialah Tuan Abdul Hadi Umar, Puan Sri Kauthar Mohamad Banun dan Tuan Harun Hashim sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.
Â
Pelantikan Anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor di bawah Subseksyen 57 (1) EPAINS menerangkan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik tujuh (7) orang Islam untuk membentuk suatu panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.
Â
Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah adalah di bawah Subseksyen 58 (1) EPAINS menerangkan Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan, atas nasihat Majlis, dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
Â
Manakala Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor adalah di bawah Subseksyen 59 (1) EPAINS 2003 iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, boleh melantik, daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Negeri atau perkhidmatan bersama, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Â
Bagi pelantikan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor adalah di bawah perenggan 60 EPAINS manakala pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor di bawah Subseksyen 59 (1) EPAINS 2003 iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, boleh melantik, daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Negeri atau perkhidmatan bersama, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Â
Selain itu, penerima watikah Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ dikurniakan kepada Tuan Jafri Abdullah, Tuan Lukman Mohd Hosni dilantik sebagai Pendaftar Kanan, Tuan Mohd Rizal Ismail sebagai Pendaftar Kanan & Pendaftar Wali Raja dan Tuan Norawi Endut dilantik sebagai Pendaftar Wali Raja.
Â
Kesemuanya berdasarkan peruntukkan Seksyen 28 (1) dan (2) di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Â
Pada istiadat tersebut juga, seramai 10 orang penerima watikah bagi pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang dikurniakan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Syed Mohamed Tahir sebagai Pengerusi dan YBhg. Tuan Haji Mohamed Izam Mohamed Yusof sebagai Timbalan Pengerusi manakala YAD Dato’ Setia Prof Madya Dr Haji Anhar Haji Opir, YBhg. Prof. Dato’ Dr Ashraff Md Hashim, YBhg. Dato’ Dr Yusri Zakariah, YBhg. Puan Hajah Rohani Datuk Mohamad Sahir, YBhg. Dr. Nurmazilah Dato’ Mahzan, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Izwan Hasli M. Ibrahim, YBrs Tuan Zainal Abidin Shariff dan YBrs Puan Hajah Norlaili Mohamad dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PWS. Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah PWS adalah kelulusan Majlis dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berdasarkan Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 (Pindaan 2012).
Â
MAIS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima watikah dalam Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Orang Besar Istana, Anggota MAIS, Anggota Panel Tetap Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor, Ketua Pendaftar Nikah Cerai & Rujuk, Pendaftar Kanan dan Pendaftar Wali Raja. Semoga pelantikan ini dapat mengukuhkan lagi tadbir urus hal ehwal Islam Negeri Selangor dan seterusnya memacu kemajuan ummah Islam di Negeri Selangor.
Â














