FORUM PERDANA KEMPEN BULAN FARAID NEGERI SELANGOR 2025

FORUM PERDANA KEMPEN BULAN FARAID NEGERI SELANGOR 2025

527030486 1133717048673493 1957500972635960041 n 1
SUBANG JAYA – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah dijemput dalam program forum perdana dengan kerjasama Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya bersempena Kempen Bulan Faraid Negeri Selangor 2025 pada 31 Julai lepas.
 
Forum Perdana ini disampaikan oleh panel yang berpengalaman iaitu Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal, MAIS dan Ustaz Haji Mohammad Salleh in Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran, MAIS dan dikendalikan oleh moderator Encik Faizal bin Ismail, DJ Radio Zayan.
 
Turut hadir Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS, Encik Ahmad Helmi bin Rahmat, Pengerusi Masjid Darul Ehsan dan Pegawai dari Sektor Baitulmal.
 
Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada jemaah yang hadir dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama.
 
Ayuh rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan yang disediakan untuk permohonan wasiat, hibah atau pusaka dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://efaraid.mais.gov.my/
 
Sebarang pertanyaan, hubungi di talian +6010-251 9556 (Whatsapp) atau info lanjut, sila layari:www.mais.gov.my
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search