IMAN 2025, WADAH PERKONGSIAN TANGANI AJARAN SESAT

IMAN 2025, WADAH PERKONGSIAN TANGANI AJARAN SESAT

547288699 1166632988715232 1410531260769516355 n
KAJANG, 11 Sept – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Universiti Islam Selangor (UIS) melalui Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menganjurkan Seminar Isu Akidah: Simposium Ancaman Nasional (IMAN 2025) sebagai wadah perkongsian maklumat mengenai ajaran sesat semasa yang wujud di tengah masyarakat.
 
Simposium telah dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Mazlan Bin Mansor, Timbalan Pengerusi MAIS yang diadakan di Auditorium Dr. Zainudin Jaffar, Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang.
 
IMAN 2025 ini berjaya menghimpunkan hampir 400 peserta terdiri daripada pelbagai kategori termasuk nazir, wakil kariah masjid, guru takmir, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta para pegawai dari Bahagian Penyelidikan dan Penguatkuasaan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.
 
Turut hadir ialah wakil institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) terdiri daripada para pegawai, mahasiswa dan mahasiswi yang bersama-sama menyumbang pandangan dalam memperkukuh agenda pencegahan penyelewengan akidah di negara ini.
 
Dengan tema “Ancaman Akidah: _New Age Movement”,_ seminar ini memberi fokus kepada cabaran _New Age Movement_ yang muncul di Barat pada penghujung abad ke-20 dan kini menular ke seluruh dunia termasuk Malaysia.
 
Seminar ini diharap bukan sahaja menjadi medan perbincangan, malah menjadi titik tolak kepada gerak kerja bersama dalam memastikan akidah umat Islam di Selangor dan Malaysia terus terpelihara.
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search