KUNJUNG HORMAT PENGERUSI MAIS KE JAKEL KUALA LUMPUR
KUNJUNG HORMAT PENGERUSI MAIS KE JAKEL KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 7 April — Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin mengadakan kunjung hormat ke Jakel Mall Kuala Lumpur yang disambut sendiri oleh Pengarah Urusan Jakel Trading, YBhg Dato’ Seri Mohamed Feroz bin Mohamed Jakel.
Tujuan kunjungan adalah berkaitan potensi kerjasama rakan strategik yang boleh dibuat antara MAIS dan JAKEL.
Turut hadir ke majlis kunjung hormat ini adalah Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS dan beberapa Pengurusan Tertinggi MAIS.













