KUNJUNGAN HORMAT MAIS KE IBU PEJABAT TABUNG HAJI TRAVEL
KUNJUNGAN HORMAT MAIS KE IBU PEJABAT TABUNG HAJI TRAVEL
Putrajaya, 13 April –Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin mengadakan kunjung hormat ke Nasyrul Quran, Putrajaya yang disambut sendiri oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Latiff Mirasa, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu & Ketua Eksekutif Nasyrul Quran yang juga merupakan pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia yang terletak di Putrajaya.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk melihat sendiri kesenian Islam dalam penulisan dan pencetakan mushaf tempatan termasuk dalam bidang pendidikan Al-Quran.
Turut hadir ke majlis kunjung hormat ini adalah Encik Abdul Ghaffar Ab Ghani, Pegawai Khas Pengerusi MAIS.












