KUNJUNGAN MAIS KE MARA, TEROKA RUANG KERJASAMA
KUNJUNGAN MAIS KE MARA, TEROKA RUANG KERJASAMA
KUALA LUMPUR, 3 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Pembangunan Sosial telah mengadakan kunjungan ke Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membincangkan ruang kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak terutama kepada asnaf riqab di negeri Selangor.
Â
Delegasi MAIS seramai enam orang diketuai oleh Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS disambut mesra oleh Ir. Dr. Mahzan Teh, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA.
Â
Tujuan lawatan adalah untuk mengadakan perbincangan kerjasama antara MAIS dan MARA dalam membina ekosistem TVET Inklusif untuk asnaf Riqab di Negeri Selangor.
Â
Ekosistem TVET adalah program pendidikan Technical and Vocational Education and Training (TVET) bertujuan untuk memberikan peluang pendidikan dan latihan kemahiran kepada asnaf Riqab di Negeri Selangor dalam meningkatkan kualiti hidup dan daya tahan mereka di masa hadapan.
Â
Selain itu, perbincangan tersebut juga membincangkan perkara berkaitan Tahfiz-TVET dan perkara-perkara berkaitan asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor.
Â
Kunjungan MAIS ini diharap dapat membuka ruang pendidikan dan latihan kemahiran kepada asnaf riqab, pelajar-pelajar tahfiz swasta dan asnaf fakir serta miskin dalam melahirkan ekosistem pendidikan yang holistik di negeri Selangor.
Â
Turut hadir ialah Encik Yuszaimi Muslil, Pegawai Pendidikan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); Dr. Hafez Abd Rahman, Eksekutif Pengurusan Pendidikan, Lembaga Zakat Selangor (LZS); Puan Siti Asmah Mohd Usrin, Eksekutif Kanan, Pengurusan Pendidikan LZS dan beberapa pegawai dari Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS.
Â










