MAIS SAMPAIKAN TAKLIMAT KHIDMAT GUAMAN SYARIE DALAM KURSUS INDUKSI MUALLAF 2026

MAIS SAMPAIKAN TAKLIMAT KHIDMAT GUAMAN SYARIE DALAM KURSUS INDUKSI MUALLAF 2026

684271352 1352172543494608 1848755417494491478 n 1
KLANG, 25 April 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Syariah dan Bantuan Guaman (BSBG) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkaitan Khidmat Guaman Syarie kepada asnaf muallaf dalam Kursus Induksi Asnaf Muallaf di Selangor bertempat di Hotel KSL Esplanade, Klang.
 
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Puteri Ummi Kartini bt Abd Latiff, Ketua Bahagian Bahagian Syariah & Bantuan Guaman (MAIS).
 
Program ini telah dihadiri seramai 67 orang peserta saudara baharu dari daerah Kuala Langat, yang diadakan di KSL Esplanade Klang, Selangor. Kaunter Klinik Guaman Syarie yang dibuka sepanjang program turut memberi peluang kepada para peserta mendapatkan penjelasan berhubung isu-isu perundangan yang dihadapi, sekali gus memperkenalkan peranan BSBG dalam membantu golongan muallaf mendapatkan akses kepada bantuan guaman syarie secara berkesan secara bersemuka, mahupun khidmat nasihat di atas talian, K-Guam MAIS.
 
Semoga dengan perkongsian yang telah diberikan dapat memberikan manfaat kepada peserta berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Selangor.
 
Untuk maklumat lanjut perkhidmatan MAIS boleh layari www.mais.gov.my.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search