MAIS KONGSI PENGALAMAN BERSAMA MUIP DAN MUZIUM PAHANG

MAIS KONGSI PENGALAMAN BERSAMA MUIP DAN MUZIUM PAHANG

548630525 1172688911442973 7852562623264314418 n
PEKAN, PAHANG, 18 September – YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengetuai delegasi ke Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Perbadanan Muzium Negeri Pahang bagi berkongsi pengalaman berkaitan operasi dan pengurusan hal ehwal Islam di negeri Pahang.
 
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebelum ini telah berkenan berangkat ke negeri Pahang pada 18 Ogos yang lalu untuk melihat seni bina dan peninggalan sejarah di Muzium Sultan Abu Bakar dan Muzium Masjid Sultan Abdullah.
 
Berikutan daripada itu, Baginda telah menyarankan agar Pengerusi MAIS bersama Pengurusan Tertinggi MAIS melihat sendiri seni bina muzium dan artifak peninggalan sejarah khususnya Muzium Kesenian Islam.
 
Pada hari pertama, Delegasi MAIS berkunjung ke Muzium Masjid Sultan Abdullah dan Muzium Sultan Abu Bakar dan disambut mesra oleh YH Dato’ Ahmad Farid Abd Jalal, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang.
Sepanjang di Muzium, Pengerusi MAIS dan delegasi MAIS diberi penerangan berhubung Sejarah Kesenian Islam dan penubuhan muzium serta sejarah berkaitan perkembangan dan pemerintahan kesultanan di negeri Pahang.
 
Kemudian, delegasi MAIS turut ke Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah.
Di sini MAIS diperkenalkan dengan warisan kraf negeri Pahang termasuklah warisan seni tenunan Pahang dan perkampungan di sana.
 
Seterusnya kunjungan MAIS bersama delegasi diteruskan ke MUIP dan disambut mesra oleh YH Dato’ Haji Ahmad Hairi Haji Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP.
 
Encik Khairuddin Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Sektor Pengurusan dan Dasar, MUIP mengetuai sesi taklimat kepada MAIS.
Tujuan kunjungan ke MUIP adalah berkongsi maklumat serta menimba pengalaman berhubung pembangunan mercu tanda syiar Islam di Pahang khususnya dalam aspek pembinaan bangunan MUIP dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
 
Delegasi MAIS turut disertai YBhg. Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS, Pengurusan Tertinggi MAIS dan wakil Perbadanan Wakaf Selangor.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search