MAIS TERIMA LAWATAN AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD

MAIS TERIMA LAWATAN AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD

573157129 18521458711064155 8117937031525119334 n
SHAH ALAM, 7 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan balas dari Affin Islamic Bank Berhad bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada umat Islam di Negeri Selangor.
 
Delegasi seramai sembilan orang diketuai oleh Dato’ Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad disambut mesra oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS.
 
Antara lain dalam lawatan adalah perbincangan dan tawaran kerjasama yang melibatkan perkhidmatan kewangan, pengurusan harta, kutipan fidyah dan pengurusan kewangan masjid.
 
Pihak Affin Islamic Bank juga turut memberi penerangan berkaitan penggunaan teknologi perbankan digital yang boleh dimanfaatkan bersama dalam memperkukuh tadbir urus dan keberkesanan agihan sumber Islam di Selangor.
 
“Semoga perbincangan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara MAIS dan Affin Islamic Bank Berhad dalam memperkasa ekonomi ummah dan memperluas manfaat kepada masyarakat Islam di Selangor,” kata Pengerusi MAIS.
 
Turut hadir mewakili MAIS ialah Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar&Pengurusan) MAIS; Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal; Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS dan wakil pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search