PENGERUSI MAIS HADIR FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA ULANG TAHUN YIDE KE-15

PENGERUSI MAIS HADIR FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA ULANG TAHUN YIDE KE-15

Screenshot 2026 02 16 093500
SHAH ALAM, 13 Februari – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
Forum ini diadakan sempena ulang tahun YIDE yang ke-15 dengan bertemakan ‘Kelahiran Insan Riayah’.
 
Forum diserikan lagi dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor dengan diiringi Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.
 
Forum ini menampilkan barisan panel ilmuwan tersohor iaitu Sahibus Samahah Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Dato’ Haji Badli Shah Haji Alauddin, Timbalan Mufti Pahang, serta Al Fadil Ustaz Zakaria Haji Othman sebagai moderator.
 
Turut hadir dalam Forum ini ialah barisan Anggota MAIS serta barisan Pengurusan Tertinggi MAIS.
 
YIDE merupakan sebuah anak syarikat MAIS yang bertanggungjawab dalam menguruskan kebajikan anak yatim di negeri Selangor, bantuan bencana dan pengurusan Pusat Dialisis MAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search