PENGERUSI MAIS LAWAT RUMAH PEMULIHAN RIQAB – Erat Jalinan Ukhuwah

PENGERUSI MAIS LAWAT RUMAH PEMULIHAN RIQAB – Erat Jalinan Ukhuwah

558882406 1189967323048465 6271637480664167366 n 1
KLANG, 8 Oktober 2025 – YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan lawatan ke dua buah Rumah Pemulihan Riqab iaitu di Rumah Penjagaan Damai yang menempatkan pesakit mental di Jalan Kebun dan Rumah Darul Ukhuwah, yang menempatkan pesakit HIV pada 7 Oktober lepas.
 
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat dengan lebih dekat operasi dan pengurusan Rumah Pemulihan Riqab yang bernaung dibawah MAIS.
 
Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dan Rumah Pemulihan Riqab dalam menyantuni Asnaf Riqab terutama di negeri Selangor.
 
Turut hadir dalam lawatan ini adalah Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search