PENGERUSI MAIS RASMIKAN PENUTUPAN KONVENSYEN FALAK SELANGOR 2025
PENGERUSI MAIS RASMIKAN PENUTUPAN KONVENSYEN FALAK SELANGOR 2025
SHAH ALAM – Yang Amat Dihormati Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah merasmikan majlis penutup Konvensyen Falak Selangor 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 September 2025 di Kem Bumi Jati, Shah Alam.
Â
Pengerusi MAIS berkata, konvensyen ini berperanan sebagai wadah ilmu yang mempertemukan pakar, pengamal serta generasi pelapis falak melalui dua pendekatan.
Â
Pendekatan utama adalah berbentuk pertandingan, iaitu Pertandingan Olimpiad Falak Peringkat Kebangsaan dan Pertandingan Inovasi Aplikasi Falak.
Â
Seterusnya pendekatan ke dua berbentuk Perbincangan Ilmiah iaitu Program Ijtimak Pegawai Falak Kebangsaan.
Â
Konvensyen kali ini berjaya mengumpul hampir 100 pelajar sekolah menengah dari setiap negeri.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor Yang Amat Dihormati Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir.
Â











