PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR SANTUNI AHLI KARIAH MASJID DARUL EHSAN SUBANG JAYA
PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR SANTUNI AHLI KARIAH MASJID DARUL EHSAN SUBANG JAYA
SUBANG JAYA, 5 November 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin menyantuni ahli kariah Masjid Darul Ehsan pada 4 November lepas.
Beliau meluangkan masa menunaikan solat Isyak sebelum menyampaikan ucapan kepada kira-kira 100 orang ahli kariah yang hadir.
Dalam ucapan beliau, YAD Senator Dato’ Setia menyatakan bahawa masyarakat islam di negeri Selangor perlu meletakkan kembali kepercayaan kepada MAIS dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor dalam menguruskan perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam di Negeri Selangor.
Dalam masa yang sama, beliau menyatakan bahawa rakyat di Negeri Selangor perlu bersyukur kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor begitu mengambil berat berkaitan kepentingan agama Islam dan kebajikan masyarakat di negeri ini.
Pengerusi MAIS turut menasihatkan kepada semua masjid dan surau yang mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh untuk membantu masjid dan surau yang kurang berkemampuan bagi meneruskan operasi sebagai pusat ibadah umat Islam di negeri ini.
Turut hadir bersama adalah Anggota MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Setia Mohd Zawawi Salleh; Setiausaha MAIS, YBrs. Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini; Timbalan Setiausaha Dasar dan Pengurusan, YBrs. Tuan Haji Kamarulzaman Omar dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor, YBrs. Tuan Haji Hashim Mohamad.













