MAIS SANTUNI DUA PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA MANGSA BANJIR DI SELANGOR, AGIH BANTUAN FIDYAH

MAIS SANTUNI DUA PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA MANGSA BANJIR DI SELANGOR, AGIH BANTUAN FIDYAH

887197996 18610256890064155 3711702955243551540 n

SUNGAI BULOH, 4 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyantuni dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Paya Jaras dan Merbau Sempak yang menempatkan lebih daripada 400 orang mangsa terjejas akibat banjir yang melanda. Dua PPS tersebut adalah PPS Dewan Seri Pagi MBSA yang menempatkan 93 orang mangsa manakala Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak menempatkan hampir 335 orang mangsa.

Dalam pada itu, MAIS turut berkesempatan mengagihkan bantuan fidyah berupa kotak makanan asas bagi membantu memenuhi keperluan harian mangsa terjejas. Usaha membantu mangsa banjir ini turut mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bagi memastikan kebajikan serta keperluan mangsa yang terjejas terus mendapat perhatian sewajarnya.

Agihan kotak fidyah tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha MAIS, YBrs. Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini sebagai tanda keprihatinan MAIS terhadap kebajikan dan kesejahteraan mangsa banjir yang terjejas akibat bencana tersebut.

Selain menyampaikan sumbangan di PPS, YBrs. Tuan Haji Mohd Sabirin turut meluangkan masa menziarahi beberapa buah rumah mangsa banjir yang mengalami kerosakan teruk. Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada beberapa mangsa terlibat bagi membantu meringankan beban mereka susulan bencana banjir.

Sebelum itu, agensi di bawah MAIS iaitu LZS dan YIDE turut menyantuni mangsa banjir sejak semalam, 3 Nov.

Turut hadir ialah Pengarah Baitulmal MAIS, Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid dan Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Ustaz Suhaimi Ismail.

#MAISSantuniAnda #MAIS #MenjunjungAmanah

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search