PROGRAM IBADAH KORBAN PUSAT PEMURNIAN AKIDAH BAITUL IMAN MAIS TAHUN 1446H/2025M

PROGRAM IBADAH KORBAN PUSAT PEMURNIAN AKIDAH BAITUL IMAN MAIS TAHUN 1446H/2025M

505829193 1093787082666490 1111086835748162409 n
HULU SELANGOR, 10 Jun – Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menganjurkan Program Ibadah Korban sempena Aidil Adha 1446H pada hari ini.
 
Sebanyak seekor lembu yang disumbangkan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Idzham Ramli, Pengarah Urusan Nirwana Motor Trading Sdn. Bhd dikorbankan bagi Program Ibadah Korban kali ini.
 
Daging korban yang selesai dilapah diagihkan kepada golongan asnaf fakir maskin di kawasan sekitar Pusat Pemulihan ini.
 
Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada setiap pelatih berkaitan teori dan praktikal pengurusan daging korban, mendorong setiap pelatih agar menghayati ibadah korban dan meraikan setiap pelatih dalam menyambut Hari Raya Eidul Adha.
 
Puan Mazlina Osman, Penguasa Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman telah menyempurnakan simbolik serahan daging korban kepada wakil penerima dari kalangan pelatih dan warga kerja di sini.
 
Turut hadir dan bersama bergotong-royong ialah Tuan Mohd Idzham Ramli dan ahli keluarganya.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search