TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH KUALA SELANGOR

TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH KUALA SELANGOR

671234125 1343933874318475 7742634132451373771 n 1
KUALA SELANGOR, 17 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin Turun Padang ke daerah Kuala Selangor bagi bersua muka bersama 70 Nazir Masjid di Majlis Dialog yang diadakan di Dewan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor bagi merungkai cabaran di lapangan terutamanya menjayakan pengurusan masjid dengan cemerlang.
 
Selesai majlis dialog, lawatan diteruskan ke beberapa buah sekolah agama dan masjid di sini bagi meninjau serta menyantuni keperluan prasarana.
 
Lokasi lawatan termasuk Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang, Masjid Ridhuan Bestari Jaya, Masjid Rantau Panjang Bestari Jaya, Masjid Nurul Iman Batu 8 Ijok, Sekolah Rendah Agama Ijok dan Masjid Ar Ridhuan Pekan Jeram Simpang 4.
 
Sepanjang lawatan, Pengerusi MAIS meninjau kemudahan sedia ada, mendengar pandangan pihak pengurusan institusi serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan prasarana bagi memastikan sekolah agama dan masjid dapat berfungsi dengan lebih selesa dan berkesan kepada masyarakat setempat.
 
Program turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan MAIS dalam memperkukuh ekosistem pendidikan agama dan pengurusan masjid di Selangor, selaras dengan usaha menyantuni ummah.
Turut hadir Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); Puanj Hajah Norlaili binti Mohamad, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan Ustaz Haji Hashim bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid (JAIS).
 
Hadir sama, wakil pengurusan Pejabat Agama Islam Sabak Bernam, Pengurusan JAIS, LZS, Perbadanan Wakaf Selangor, Bakti Suci Sdn Bhd dan MAIS.
MAIS mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang merialisasikan program hari ini.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search