SESI DAILOG MAIS BERSAMA 80 PIBK – Pengukuhan Sinergi MAIS Bersama PIBK
SESI DAILOG MAIS BERSAMA 80 PIBK – Pengukuhan Sinergi MAIS Bersama PIBK
SHAH ALAM, 15 April – YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbesar hati mengadakan sesi dialog secara langsung bersama Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dalam Program Pengukuhan Sinergi MAIS bersama PIBK Negeri Selangor Tahun 2026 yang berlangsung hari ini.
Â
Untuk program kali ini melibatkan 80 buah PIBK antaranya ialah Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia; Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah; Pertubuhan Bantuan Kebajikan Ehsan Sri Damansara; Humanitarian Care Malaysia Berhad dan Pertubuhan Salwa Malaysia.
Program ini merupakan kesinambungan kepada siri pertemuan dan keterlibatan yang telah dilaksanakan oleh MAIS bersama agensi agama dan PIBK di negeri ini. Majlis yang diadakan bertujuan untuk memperkukuh kefahaman, menyelaraskan tindakan serta menyediakan ruang kepada PIBK untuk bertukar pandangan berkaitan hal ehwal Islam di Negeri Selangor.
Â
Selain itu, program ini turut berperanan dalam mengeratkan hubungan ukhuwah antara MAIS dan PIBK sekaligus memperkukuh jaringan kerjasama demi pembangunan ummah.
Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada semua PIBK dan NGOi yang sentiasa cakna terhadap isu semasa berkaitan hal ehwal Islam di Negeri Selangor. Beliau berharap agar, usaha berterusan ini akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan sinergi yang lebih kukuh, rasional dan berimpak dalam pentadbiran hal ehwal Islam di Negeri Selangor.
Â
Sehingga kini sebanyak 104 PIBK telah berdaftar di bawah MAIS sebagai rakan strategik dalam memperkukuh pembangunan ummah di negeri Selangor.
Â
Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; Puan Hajah Norlaili Mohamad, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar&Pengurusan) MAIS dan Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Kanan Ekonomi & Pembangunan Sosial MAIS.
Â
Â












