LAWATAN KERJA SEKTOR BAITULMAL KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
LAWATAN KERJA SEKTOR BAITULMAL KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
KUALA LUMPUR, 24 April 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal MAIS telah mengadakan Lawatan Kerja ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Lawatan tersebut bertujuan bagi mempelajari cara penetapan dasar bayaran yuran penyertaan kursus, seminar dan persidangan.
MAIS telah mengorak langkah ke hadapan dengan menubuhkan Akademi Baitulmal sebagai entiti penyedia perkhidmatan pendidikan, latihan seperti kursus, bengkel, seminar, konvensyen dan perundingan berkaitan pengurusan harta Islam. Di mana sebahagian besarnya akan dikenakan yuran penyertaan.
Sektor Baitulmal MAIS seramai 4 orang yang diketuai oleh Pn. Hjh. Norlaili binti Mohamad, Timbalan Setiausaha (Operasi) telah disambut mesra oleh pihak DBP diketuai oleh YBrs. Dr. Faezah binti Muhayat, Timbalan Ketua Akademi 1 dan bersama beberapa orang pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka.
Semoga lawatan ini mendapat manfaat yang besar serta memberi nilai tambah dalam memperkukuh dasar dan mekanisme penetapan yuran perkhidmatan pendidikan yang lebih sistematik, telus dan berdaya saing.












