LAWATAN KERJA SEKTOR BAITULMAL KE INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

LAWATAN KERJA SEKTOR BAITULMAL KE INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

682363523 1351894173522445 5388776645505839502 n
KUALA LUMPUR, 24 April 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal MAIS telah mengadakan Lawatan Kerja ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
 
Lawatan tersebut bertujuan bagi mempelajari cara penetapan dasar bayaran yuran penyertaan kursus, seminar dan persidangan.
MAIS telah mengorak langkah ke hadapan dengan menubuhkan Akademi Baitulmal sebagai entiti penyedia perkhidmatan pendidikan, latihan seperti kursus, bengkel, seminar, konvensyen dan perundingan berkaitan pengurusan harta Islam. Di mana sebahagian besarnya akan dikenakan yuran penyertaan.
 
Sektor Baitulmal MAIS seramai tiga orang yang diketuai oleh Pn. Hjh. Norlaili binti Mohamad, Timbalan Setiausaha (Operasi) telah disambut mesra oleh pihak IKIM diketuai oleh Pn. Hjh. Mazlina Ismail, Ketua Pegawai Tadbir Unit Program dan Latihan IKIM dan bersama beberapa orang pegawai IKIM.
 
Semoga lawatan ini mendapat manfaat yang besar serta memberi nilai tambah dalam memperkukuh dasar dan mekanisme penetapan yuran perkhidmatan pendidikan yang lebih sistematik, telus dan berdaya saing.
 
 
 
 
 
 
 
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search