TIMBALAN PENGERUSI MAIS RASMI MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT KALI KE-5 SESI 2024/2025

TIMBALAN PENGERUSI MAIS RASMI MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT KALI KE-5 SESI 2024/2025

578450400 1218540200191177 7206277542020586067 n
SHAH ALAM, 8 November 2025 – Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yang Berbahagia Tan Sri Mazlan Mansor telah merasmikan Majlis Konvokesyen Program Pengajian Sepanjang Hayat Kali Ke-5 Sesi 2024/2025 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
 
Program tersebut yang merupakan kerjasama di antara MAIS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Islam Selangor (UIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menawarkan Persijilan Awam Tasawwur Islam, Persijilan Awam Fiqh Wanita, Persijilan Awam Bahasa Arab dan Persijilan Awam Pengurusan Halal.
 
Program tersebut telah dilaksanakan di 12 buah masjid yang terpilih di negeri Selangor sebagai satu proses pendidikan berterusan yang juga bertujuan mendidik masyarakat untuk mencintai ilmu dan beramal dengannya.
 
Graduan seramai 312 orang telah berjaya menamatkan pengajian yang ditawarkan bagi sesi 2024/2025 ini.
 
Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Abdul Raji, Timbalan Pengarah Pengurusan JAIS; Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana binti Rashed, Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Pengantarabansaan, UIS; Yang Berusaha Dr. Abdul Razif bin Zaini, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Tuan Anas bin Ayob, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search