MAIS TERIMA LAWATAN DARI JAIPk
MAIS TERIMA LAWATAN DARI JAIPk
SHAH ALAM, 23 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan dari Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)yang diketuai oleh Tuan Haji Zakaria Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAIPk.
Lawatan seramai 25 orang pegawai JAIPk disambut mesra oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.
Lawatan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung pengurusan pendaftaran muallaf termasuk pelaksanaan pendidikan dan kebajikan muallaf di Negeri Selangor.
Turut hadir dalam perbincangan ialah Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS; Puan Norlaili Mohamad, Pemangku Penasihat Undang-Undang MAIS.
Hadir sama ialah Encik Md Yusmizan Yusuf, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Encik Mohd Nurhisham Shamsir, Timbalan Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf LZS.
Semoga jalinan hubungan ini dapat membina jaringan kerjasama yang baik dalam menguruskan hal ehwal muallaf di agensi masing-masing.
HULU LANGAT, 9 Jun 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
Pendahuluan Institusi Diraja Selangor bukan sekadar suatu lambang kesinambungan sejarah,...Berita Penuh
SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 30 Mei 2026 – Program Ibadah korban bukan...Berita Penuh
Pendahuluan Rantaian kenabian telah dinoktahkan melalui pengutusan Nabi Muhammad SAW....Berita Penuh











