Lawatan Kerja ke JAINJ – Erat Silaturahim dan Perkongsian Isu Berkaitan Hal Ehwal Islam
Lawatan Kerja ke JAINJ – Erat Silaturahim dan Perkongsian Isu Berkaitan Hal Ehwal Islam
Johor Bharu, 4 Disember–Delegasi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengunjungi Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) bertujuan lawatan kerja, mengeratkan siturahim disamping berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan isu-isu hal ehwal Islam di sini.
Delegasi lawatan kali ini diketuai oleh Pn. Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, bersama 13 anggota delegasi mewakili MAIS, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dalam ucapannya Pn. Nurhani Salwa mengucapkan terima kasih atas sambutan dan perkongsian pengalaman dari JAINJ.
Delegasi disambut mesra oleh Tn. Hj. Mustapha Omar, Ketua Pengarah Bahagian Halal JAINJ bersama pengurusan Jabatan berkaitan.
Pelbagai isu dan cabaran berkaitan hal ehwal Islam dikongsikan terutamanya berkaitan al-Riqab termasuk isu sosial, pendidikan, aqidah, pendaftaran muallaf, penguatkuasaan dan sebagainya.
Turut hadir di lawatan setengah hari ini Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Ustaz Abd Halim Saljadi, Ketua Sektor Bahagian Pendidikan Islam, JAIS.
Kebelakangan ini muncul satu gerakan yang berkempen untuk tidak mahu...Berita Penuh
Dalam khazanah pemikiran Islam, Saidatina Aisyah binti Abu Bakar RA...Berita Penuh
SUBANG JAYA, 17 Julai 2026 – Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
SHAH ALAM, 15 Julai 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
SHAH ALAM, 15 Julai 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh











