MAIS TERIMA KUNJUNGAN PERTUBUHAN MAJLIS MURABBI MADANI
MAIS TERIMA KUNJUNGAN PERTUBUHAN MAJLIS MURABBI MADANI
SHAH ALAM, 4 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari Pertubuhan Majlis Murabbi Madani yang diketuai oleh Dr. Ab Halim Muhammad, Pengerusi Pertubuhan Majlis Murabbi Madani.
Lawatan seramai lima orang disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di samping memperkenalkan pertubuhan dan menjalinkan kerjasama yang bersesuaian dengan MAIS.
Antara lain Dr. Ab Halim berkongsi maklumat perkembangan pertubuhan yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan Pertubuhan Majlis Murabbi Madani.
HULU LANGAT, 9 Jun 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
Pendahuluan Institusi Diraja Selangor bukan sekadar suatu lambang kesinambungan sejarah,...Berita Penuh
SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 30 Mei 2026 – Program Ibadah korban bukan...Berita Penuh
Pendahuluan Rantaian kenabian telah dinoktahkan melalui pengutusan Nabi Muhammad SAW....Berita Penuh











