MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERTUBUHAN KASIH KHAIROSMA
MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERTUBUHAN KASIH KHAIROSMA
SHAH ALAM, 19 September 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Pertubuhan Kasih Khairosma di sini pada 19 September 2022.
Lawatan seramai 4 orang diketuai Encik Mohd Khairulnizam Mohammad Wahi, Pengerusi Pertubuhan Kasih Khairosma bertujuan mengeratkan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini berkaitan pertubuhan.
MAIS diketuai oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial mengalu-alukan kehadiran lawatan. Turut hadir Ustaz Muhammad Zulhusni Abd Rashid, Ketua Bahagian Pemulihan Riqab; Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK dan Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat.
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dan Pertubuhan Kasih Khairosma.
SHAH ALAM, 20 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
SHAH ALAM, 17 OKTOBER 2026 – Ijtimak Pemegang Tauliah Mengajar...Berita Penuh
Jika dihitung dakwaan mereka yang mengaku sebagai Imam Mahdi, sudah...Berita Penuh
KLANG, 15 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 14 OKTOBER – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh












