TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU ADALAH PESURUH ALLAH
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU ADALAH PESURUH ALLAH

SHAH ALAM 7 Februari 2022 – Syukur Ya Allah, pada hari ini bersamaan 7 Februari 2022, seorang lagi saudara baru telah melafazkan kalimah syahadah.
Beliau merupakan saudara baru berketurunan Bidayuh dan beragama kristian dari Sarawak.
Alhamdulillah, saudara baru ini telah memilih Islam secara sukarela dan nama penuh Islam beliau adalah Alexander Anak Merang.
Terima kasih kepada pihak Pusat Informasi Islam MAIS (PIIM) yang telah menguruskan pengislaman beliau.
PIIM merupakan salah satu Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS bagi memudahkan proses memeluk agama Islam dan pendaftaran muallaf di Negeri Selangor.
MAIS juga berperanan memastikan kesejahteraan sosial umat Islam dalam melaksanakan tanggungjawab mengurus pendaftaran muallaf.
Hidayah itu milik Allah SWT. Marilah kita doakan agar perjalanan saudara baru kita ini dipermudahkan dan sentiasa beristiqamah ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pengurusan pengislaman, bolehlah melayari laman web MAIS melalui pautan ini di http://www.mais.gov.my/bahagian-pendaftaran-muallaf…/
Shah Alam, 6 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...Berita Penuh
SEPANG, 5 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
KUALA LANGAT, 30 April – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
MAIS TERIMA ANUGERAH THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS AWARDS 2026:...Berita Penuh
Ampang, 28 April- Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD...Berita Penuh











