ZIARAH MAIS KE JAKIM, KONGSI PENGALAMAN PERKARA HAL EHWAL ISLAM
ZIARAH MAIS KE JAKIM, KONGSI PENGALAMAN PERKARA HAL EHWAL ISLAM
PUTRAJAYA, 18 April 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan ziarah ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tujuan berkongsi pengalaman dan isu berbangkit berhubung hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor.
Perbincangan telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sirajudin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan mewakili MAIS ialah Yang Berusaha Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Dalam masa yang sama, pelbagai isu telah dibincangkan bersama di antara MAIS dan JAKIM meliputi hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor khususnya. Antara perkara yang dibincangkan ialah perundangan, akidah, penyelarasan program dan sebagainya.
Turur hadir bersama ialah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi), Puan Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) dan beberapa wakil Pengurusan Tertinggi MAIS.
BANGI, 22 April 2026 -Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
KUALA SELANGOR, 17 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
KAJANG, 15 April 2026 – Seramai 100 orang penerima dalam...Berita Penuh
SHAH ALAM, 15 April – YAD Senator Dato’ Setia Haji...Berita Penuh
SABAK BERNAM, 14 April 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh












