MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SECARA PERCUMA
MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SECARA PERCUMA
Â
11 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Undang-Undang Syariah membuka kaunter Klinik Guaman Syarie MAIS secara percuma kepada pelanggan-pelanggan yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Kuala Selangor di sini hari ini.
Â
Klinik Guaman Syarie MAIS dibuka secara percuma bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat nasihat perundangan syariah.
Â
Selain MRS Kuala Selangor, MAIS akan membuka kaunter Klinik Guaman Syarie di beberapa lokasi yang ditetapkan iaitu MRS Petaling (16.7.2024); MRS Kuala Langat (22.7.2024); MRS Sabak Bernam (24.7.2024); MRS Sepang (25.7.2024).
Â
Selain itu pada bulan Ogos dan September iaitu MRS Gombak Timur (7.8.2024); MRS Gombak Barat (12.8.2024); MRS Shah Alam (29.8.2024) dan MRS Ampang (30.9.2024).
Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan syariah secara PERCUMA dari Bahagian Undang-Undang Syariah MAIS seperti waktu dan tarikh yang tertera (poster).
Â
Shah Alam, 26 Januari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
SHAH ALAM, 26 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SELAYANG, 25 Januari 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
CYBERJAYA, 21 Januari 2025-YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin...Berita Penuh
SHAH ALAM, 21 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh










