MAIS SAMPAI TAKLIMAT KESEDARAN KEPADA PELAJAR MAAHAD TAHFIZ MITTIS
MAIS SAMPAI TAKLIMAT KESEDARAN KEPADA PELAJAR MAAHAD TAHFIZ MITTIS
Sabak Bernam, 22 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah menerima jemputan sebagai penceramah bagi program motivasi yang bertajuk Perjalanan Remajaku di Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (MITTIS) Sabak Bernam hari ini.
Â
Peserta adalah dikalangan pelajar MITTIS seramai 110 orang beserta 4 orang guru. Program Motivasi ini adalah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling MITTIS bertujuan memberi pendedahan berkenaan Rumah Pemulihan Majlis (RPM) dan sekaligus berkaitan gejala sosial yang semakin meruncing pada masa kini dari kalangan remaja.
Â
Sesi ceramah dan taklimat berkaitan Baitul Ehsan telah disampaikan oleh Puan Nazatushima Binti Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (MAIS).
Â
Turut hadir bersama Ustazah Syazwani Binti Nordin ,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid MITTIS, Ustazah Siti Sarah Binti Ali (Kaunselor) dan Ustazah Siti Arb’yah Binti Bakin
Â
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026-YAD Senator Dato Setia Haji...Berita Penuh
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026 – YAD Senator Dato’...Berita Penuh
HULU LANGAT, 9 Jun 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 30 Mei 2026 – Program Ibadah korban bukan...Berita Penuh













