KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB NEGERI SELANGOR SIRI 3/2024
KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB NEGERI SELANGOR SIRI 3/2024
KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab menganjurkan Kursus Pemantapan Pembimbing Riqab Siri 3/2024 bertujuan sebagai medium pemantapan pemahaman, pengukuhan dan penguasaan fardhu ain kepada peserta yang terlibat bersesuaian dengan tugas sebagai pembimbing riqab bermula 15-17 November 2024 yang lalu.
Â
Peserta yang terlibat dalam kursus ini adalah seramai 38 orang guru wanita pembimbing Riqab yang mengajar dan membimbing pelatih-pelatih di Rumah Pemulihan Riqab MAIS.
Â
Kursus ini melibatkan lima orang penceramah daripada pelbagai bidang dan kepakaran antaranya ialah Cik Nurul Safawani binti Mohamad Azmi , Eksekutif Bahagian Pemulihan Riqab; Ustazah Sabariah binti Salleh; Haji Solekhan Roup; Puan Khairiah Mohamed; dan Puan Nur Farhana binti Sulaiman.
Â
Penyerahan sijil disempurnakan oleh Cik Nurul Safawani binti Mohd Azmi, Eksekutif Bahagian Pemulihan Riqab MAIS.
Â
Semoga dengan pelaksanaan kursus tersebut dapat memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat dalam menambah baik pengurusan tugas pembimbing riqab agar cemerlang dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam membimbing asnaf riqab di negeri Selangor.
Â
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026-YAD Senator Dato Setia Haji...Berita Penuh
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026 – YAD Senator Dato’...Berita Penuh
HULU LANGAT, 9 Jun 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 30 Mei 2026 – Program Ibadah korban bukan...Berita Penuh











