MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR TERIMA KUNJUNGAN MAJLIS AMANAH RAKYAT
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR TERIMA KUNJUNGAN MAJLIS AMANAH RAKYAT
SHAH ALAM, 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang diketuai oleh Encik Yahaya Sani, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA bertujuan untuk mendapatkan maklumat dalam menguruskan dana wakaf dan panduan berhubung permohonan sebagai Mutawalli Wakaf Mara Madani (WMM).
Lawatan seramai lima orang pegawai disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Antara lain ialah pihak MARA turut berkongsi maklumat berkaitan Struktur Tadbir Urus Wakaf Mara Madani (WMM) yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS, Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan MARA.
Hadir sama dalam perbincangan ialah Dr Hajah Norzaihan Mohd Zin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Puan Noor Azira Haji Yunus, Ketua Bahagian Pelaburan & Pengurusan Dana; Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Encik Hafiz Bahari, Pengurus Korporat, Perbadanan Wakaf Selangor.
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026-YAD Senator Dato Setia Haji...Berita Penuh
BANDAR SAUJANA PUTRA, 18 Jun 2026 – YAD Senator Dato’...Berita Penuh
HULU LANGAT, 9 Jun 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam...Berita Penuh
SHAH ALAM, 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SHAH ALAM, 30 Mei 2026 – Program Ibadah korban bukan...Berita Penuh












